Posted by: nazhasecret | June 7, 2007

15 Ramuan Jadi Hartawan

Salam semua..arini aku ade la terbelek ttg topik ni..saje nk share kan..mana2 yg baik kita ikut la kan utk menuju puncak..yehaaaaaaaaaaaaaa!!~

Goh Tong dedah 15 ramuan jadi hartawan
Oleh NORIZAN ABDUL MUHID(Utusan Malaysia)

KUALA LUMPUR 6 Jun – Pengasas Kumpulan Genting yang juga hartawan Asia, Tan Sri Lim Goh Tong mendedahkan 15 resipi yang diamalkannya sehingga berjaya menjadikan Genting Highlands Resorts sebagai pusat hiburan dan percutian terkemuka dunia.

Resipi kejayaan itu didedahkan menerusi kertas kerja bertajuk ‘Bagaimana Usahawan Pelancongan Dari Negara Membangun Berjaya ke Peringkat Global’ pada Persidangan Pelancongan Dunia di sini hari ini.

Ia disampaikan oleh Pengerusi Resort World Berhad, Kumpulan Genting Berhad, Lee Choong Yan.

Menurut Choong Yan, meskipun Goh Tong sudah berjaya mencapai visinya, beliau masih menjadikan 15 prinsip tersebut sebagai amalan, malah menjadikannya sebagai misi korporat dan budaya kerja dalam Kumpulan Genting.

‘‘Tan Sri berpesan, untuk berjaya dalam hidup dan perniagaan, kita mesti merendah diri, bersopan santun dan menghormati orang lain, menepati masa atau tiba 10 minit lebih awal dari masa yang dijanjikan, jangan sesekali membatalkan temu janji, berdisiplin, bangun awal dan tidur lambat.

‘‘Sentiasa bawa kertas untuk merekod sebarang perkara yang datang dalam fikiran, mencatat segera sebarang idea yang datang, bertindak segera dan memberi reaksi tepat pada waktunya.

‘‘Selain itu, kita mesti percaya dan yakin pada diri, jika anda percayakan sesuatu, teruskan, jangan fikir negatif, dalam perniagaan – lakukan secara berperingkat walaupun perlahan – asalkan ia tindakan tepat, elakkan diri daripada bersikap tikam belakang dan jangan mencari musuh.

‘‘Jangan sesekali membuat helah kerana tidak ada jalan pintas untuk berjaya, kerja keras dan selalu berminat dengan apa yang dikerjakan, perlu tahu apa yang dilakukan dan sentiasa sedar diri, selalu ada kepercayaan kepada mereka yang berada di sekeliling dan yang terakhir, percaya kepada tuhan dan selalu minta keberkatan daripadanya,” kata beliau.

Kata Choong Yan, beliau turut berusaha mengamalkan resipi itu dan sentiasa berpegang kata pepatah yang sering dikatakan Goh Tong iaitu “untuk berjaya, kita harus menggunakan sepenuhnya keupayaan diri dan melakukan kerja dengan sebaik mungkin”.

Katanya, kejayaan Kumpulan Genting hari ini dicapai menerusi impian dan visi seorang lelaki yang satu ketika dahulu dianggap orang tua gila di kalangan rakan-rakannya kerana berhasrat membina pusat peranginan Genting.

Beliau berkata, Goh Tong pernah bercerita kepadanya mengenai ejekan yang diterimanya itu dan memberitahu, perniagaan tersebut tidak akan memberi pulangan kerana tiada siapa yang berminat dengan perniagaan seperti itu.

‘‘Tetapi beliau (Goh Tong) membuktikan kata-kata itu dengan bekerja dua syif selama seminggu dan bagi menjimatkan kos, mereka tinggal dalam hutan malah ada yang tinggal dalam gua berdekatan,” katanya.

Choong Yan berkata, hasilnya, pusat peranginan Genting Highlands yang pada satu ketika dahulu hanya menyediakan 200 bilik kini mempunyai lebih 10,000 bilik dan dilawati lebih 18 juta pelancong sepanjang tahun.

‘‘Kejayaan Kumpulan Genting hari ini bukan mudah dicapai, ia sebenarnya terkandung rahsia tersembunyi,’’ jelasnya.

Selain itu, ujarnya, Goh Tong sentiasa menganggap kakitangan sebagai aset paling berharga dan disebabkan itu, sebahagian besar kakitangan syarikat itu hari ini adalah mereka yang bekerja sewaktu Genting mula-mula dibuka.

Mac lalu, Goh Tong tersenarai antara sembilan rakyat negara ini sebagai The World’s Billionaires oleh majalah Forbes bagi 2007.

Beliau berada di tangga 204 dalam senarai dunia dengan nilai harta sebanyak RM14.28 bilion (AS$4.2 bilion), di belakang Tan Sri Robert Kuok (ke-104) dan Tan Sri Ananda Krishnan (ke-119).

Goh Tong yang berasal dari Anxi, Wilayah Fujian, China datang ke Malaya ketika berusia 20 tahun.

Beliau menjadi orang pertama bekerja mengikut giliran 24 jam sehari tujuh hari seminggu untuk membina pusat peranginan Genting Highlands pada 8 Ogos 1965

**mana yg baik tu bole la kita jadikan ikutan..insya’ Allah

regards,

nazha_n9 aka Angah 7 Jun 2007
 


Responses

  1. Assalamualaikum,

    Nak jadi jutawan macam Lim Goh Tong ke ?.
    Satu rahsia yang belum kita dapat tahu dari beliau.
    Nak tahu apa dia ?
    Jawapanya : Dia ada bank simpanan duit no 2 di Malaysia(DALAM BAHASA KIASAN)

    Tan Sri Lim Goh adalah bos saya pada tahun 1995.Sebab tu saya dapat tahu perkara ini.

    Sekian terima kasih.

  2. sya tak pahamler kiasan ‘ Dia ada bank simpanan duit no 2 di Malaysia’ puas dah nak paham.. tapi tak paham2 gak.. apa maksudnye yer.. tulun.

  3. hehehe..sopi,sy pun kureng pasti ape yg en zam CEO niaga24jam.com maksud kan..ahaks…

  4. Assalamualaikum.

    OOOO…nak jawapanya yee ? Yang pertama bank duit yang saya maksudkan tuh adalah KASINO.Ini juga merupakan kilang duit beliau.Pendapatan hasil dari operasi kasino jangan cakaplah….Bisnes ini lah yang boleh membuatkan beliau dapat mengukuhkan perniagaan beliau sehingga sekarang ini disamping bisnes-bisnes teras yang lain.Mungkin kekayaan beliau akan bertambah lagi apabila KASINO di Singapore yang dalam proses pembinaan siap kelak.Lagi satu kekukuhan harga saham syarikat yang beliau miliki juga menjadi penyumbang kepada kekayaan beliau sekarang ini.Jadi saya rasa cukup setakat ini.Kalau nak berjaya macam beliau kita kena berani…satu soalan : Andai kata tawaran untuk membangunkan pusat peranginan diatas bukit pada tahun 1967 diberikan kepada anda,adakah anda sanggup buat seperti apa yang Tan Sri Lim Goh Tong buat ? saya rasa ramai yang akan berkata …kerja gila..banyak kerja lain yang boleh dibuat…heee..heeee…heee.Fikir-fikiran lah.Tetapi kalau kita hendak berjaya kita kena buat macam mana orang yang dah berjaya buat…

    Sekian terima kasih…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: