Posted by: nazhasecret | August 3, 2007

Tips: Pengurusan Masa

Cara Mengurus Kesibukan Masa

Oleh : Aziz Mansor

Apa khabar semua…

Baru-baru ini saya menghadiri satu kursus perniagaan offline yang saya tengah buat sekarang. He he, di samping saya buat online ni, offline pun masih diteruskan jugak.

Oklah. Ada sket point yang nak saya share kat sini. Kalau dulu saya pernah dengar orang kata kalau nak uruskan masa dengan baik, belajar daripada orang yang paling sibuk. Orang yang sibuk tu pulak biarlah dalam kategori berjaya.. Kalau tak, mungkin kita akan jumpa dengan orang yang penyibuk….

Salah seorang pengajar kursus saya tersebut menceritakan bagaimana cara dia uruskan masanya. Apa yang dia lakukan adalah guna formula AID. Kalau ikut susunan sebenarnya adalah IAD. Cuma untuk senang sebut jer jadilah AID. A adalah untuk Action Book. I untuk Idea Book. Dan D untuk Diary.

Idea Book sentiasa berada di dalam poket. Saiznya cuma sebesar buku 555 jer. Seeloknya kalau macam beliau cuma guna buku macam memo pad tu. Tak bergaris. Ada ajer idea untuk dibuat, terus tulis dalam Idea Book tersebut mengikut tarikh. Katakan hari ini kita ada 10 perkara yang kita rancang untuk buat. Terus tulis dalam buku itu. Di mana sahaja dan bila masa sahaja ada idea untuk buat sesuatu perkara terus tulis. Sama ada appointment, nak bayar bil, nak pergi klinik, nak beli apa lepas balik kerja dan macam2 lagilah.

Ok, selepas itu, tuliskan semula kesemua idea tadi ke dalam Action Book dan Diary. Action Book perlu digunakan untuk aktiviti setiap hari. Tandakan mengikut tarikh. Katakan esok kita ada 7 perkara untuk dilakukan. Senaraikan kesemua 7 perkara untuk tarikh esok dan tandakan perkara yang sudah dilakukan berserta apa-apa catatan yang ada. Ini untuk memastikan segala yang kita rancangkan tidak tertinggal atau terlupa.

Diary pula boleh dicatatkan perkara yang kita rancangkan untuk tempoh setahun. Mungkin ada point dalam idea book tadi yang kita rancangkan untuk buat pada 3 bulan akan datang. Haaa kita terus tuliskan dalam diary. Bila tiba masanya, kita transfer pula ke dalam Action Book. Dengan ini walaupun kita sibuk, insyaAllah tidak ada perkara yang kita tertinggal untuk lakukan.

Apatah lagi kiranya kita melakukan perniagaan yang melibatkan orang lain. Ini akan memberikan impak yang positif kepada pelanggan kita. Kita dapat mengatur apa-apa appointment tanpa gagal dan tak bertembung dengan appointment lain insyaAllah.

Saya amat tertarik dengan formula ini dan kini saya dalam rangka langkah awal untuk mengikuti cara ini. InsyaAllah langkah saya akan lebih selesa selepas ini dan tidak merasa serabut dalam sebarang perancangan dan tindakan.

Bagaimana dengan anda. Mungkin anda pernah mendengar tentang cara ini, dan mungkin juga anda sudah mengamalkannya. Mungkin juga anda ada cara lain yang lebih effisien… Apa-apa pun kalau sudi bolehlah berkongsi di sini. Kiranya ini tidak menarik perhatian anda, boleh abaikan mesej saya ini

Sekian, wassalam


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: