Posted by: nazhasecret | August 27, 2007

Pesta Tag Merdeka 50 Tahun

Aku mula nye agak blur dan terpinga-pinga gak bila baca comment Zam yang aku dah kena tag untuk Pesta Tag Merdeka 50 Tahun ni..rupa-rupa nya dikalangan blogger aktiviti tag-mengetag ni memang famous gilos..walaupun aku memang aktif berblogger since november 2006 tapi aku langsung tak amik pot pun..jadi apabila dah kena tag ni aku pun menyahut la cabaran untuk menaip apa saja yang aku rasa sesuai dengan kehendak penyertaan ini..So check it outtttttttttt dude..

Aku adalah anak MALAYSIA yang lahir pada tahun 1980 dan sesungguhnya memang la amat berbangga,bersyukur dan bertuah sesangat kerana masih bernafas di tanah air sendiri yang MERDEKA sebelum aku lahir lagi..Ya,Syukur Alhamdulillah kan..tanpa pengorbanan orang-orang yang lama dan terdahulu dari kita,memang kita tidak akan dapat menikmati segala apa yang ada pada masa skang ni..Betul tak?

Hurm…dari segi kehidupan (aman,sejahtera dan harmoni) memang la kita bole berbangga sebab negara kita tidak kucar kacir,maju dan selesa dengan masyarakat yang berbilang kaum,bangsa dan agama…TETAPI walaupun negara kita sudah 50 tahun MERDEKA aku masih merasakan kita MASIH TIDAK MERDEKA 100%..kenapa aku kata begitu?cuba tengok saja dikeliling kita..di kaca tv atau bahasa bestnya saluran media massa..setiap hari ada saja berita yang kejam dan menjelekkan- buang anak,bunuh membunuh,rogol,seks bebas dll..inikah yang dikatakan MERDEKA??BEBAS ??..ya mungkin itulah maksudnya merdeka dan kebebasan bagi mereka kan… erkk!! lari topik ke dah ter’emo’ sket…hahahaha

Apa-apa pun hidup mesti diteruskan..Perjuangan bagi diri aku belum lagi berakhir..macam yang kat iklan tu..”Jalan mesti ke depan,bukan ke belakang”..Jadi marilah kita bersama merebut peluang untuk mencapai kebebasan dari segi ekonomi dan kewangan pulak..Ye la,negara kita kan sudah mencapai kebebasan dari cengkaman penjajah tapi dari segi ekonomi belum Merdeka da.. tapi dalam masa mengejar hal duniawi, yang akhirat jangan pula dilupakan..biarlah wasotiah tak gitu..

Akhir kalam,semoga bangsa dan yang seagama dengan aku- MELAYU dan ISLAM akan terus bangkit,berusaha dan terus maju bersaing kehadapan dengan kudrat,keringat dan sisa sendiri yang masih ada..jangan pula tindas menindas menjadi amalan kita…Wassalam

merdeka_2007.jpg   flag_s.gif

Harap-harap post aku sudah memenuhi ape yang En.Zam maksudkan..hehehe..Jadi kite tengok plak sape yang kena tag dengan aku..Bersediakah member-member yang lain untuk penyertaan PESTA TAG MERDEKA 50?

Syarat-syaratnya ada di bawah

Peraturannya yang telah ditetapkan sebagai syarat penyertaan Pesta Tag Merdeka 50 :

1) Anda perlu tag 5 orang bloggers yang berkenan di hati
2) Pastikan terlebih panjang sedikit akan posting yang hendak dibuat.

Diminta untuk menghuraikan “kenapa aku berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia?

Sape yang kena cop mohor ngan aku:

  1. Pokcak
  2. Cakapgold
  3. Pembebel
  4. Vangardx
  5. Bro.4matted

sama-sama la kite tengok ape kata mereka nanti..jumpa lagi ek..

Salam Merdeka,Salam Ceria;

NazhaSecret @ TGM 2007


Responses

  1. […] layan tag mengetag August 28th, 2007 Haha. Pandai ko mengetag aku yer Nazha. Aku ni takde masa nak layan sebenanyer. Takpe lah, kali ni je. Len kali aku malas dah. […]

  2. ooo tag aku ye. cesss..

  3. pokcak cayunk..bole ar..hahaha..ko edit la yg ko dh pos pasal merdeka tu kalau malas nar la..hik hik hik..merdeka!!merdeka!!merdeka!!

  4. alahai angah…..thanks for tag……

  5. akak, nanti syam buat, tgh takde mood, blog punah, jom tukar link skali nie link syam, syamsulariff.com

    macih


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: