Posted by: nazhasecret | August 24, 2007

Gambar Best

hehehe..kalau ade kamera kat tgn aku,memang ada aje aksi-aksi yang aku nak rakam kan..pantang je ada adegan panas,terus snap..ahaks

1.jpg Si Bolat tido atas paha Baby Aisyah..

2.jpg Bolat pun semangat nak Merdeka!!

3.jpg Tengok tu nak angkut pi mana plak anak dia tu…

menyelit sket pic yang menarik yang lain:

26.jpg Ala tomei nye anak buah Che Su ni.. Che Su ni aku ar..hahaha

27.jpg Tudung Mummy & Daddy dia baru beli utk pakai masa kenduri aqiqah 1 September 2007 nanti..penuh bulat je muka Eica ek.

22.jpg Best Couple pakai baju sama..hehe

23.jpg Pemandangan Pantai Telok Kemang Port Dickson,n9

24.jpg Matahari dan nak start terbenam..indahnya..

25.jpg Dah tinggal sisa2 je sunset ni..hehe..tetap menarik..

Posted by: nazhasecret | August 22, 2007

Cuti-Cuti Di Perlis

Baru nak update gambo2 masa aku dan parent aku pegi Perlis baru2 ni..pada 14 Ogos hingga 18 Ogos 2007

p2170056.jpg Duk kat hotel Putra Palace..Kangar Perlis

p2170057.jpg  Ni kat depan cafe hotel tu..

p2170058.jpg  My lovely Mom..

p2180059.jpg  Tangga nak pegi tempat seminar ayah aku

p2180062.jpg  Melantak Time..yehaaaa!!~

p2190065.jpg  Makan Laksa Kuala Perlis..yummyyyy

p2190067.jpg  Loving Couple..my mom n dad la..hehehe

p2190070.jpg  Tak dapat ge Langkawi tgk dari jauh pun jadi la

p2200078.jpg Perlis yang hujan…

p2200081.jpg  Singgah kat Hentian Bukit Gantang masa balik..

Posted by: nazhasecret | August 21, 2007

Margin Call

dalam keasyikan aku bercuti minggu lepas kat Perlis..akaun aku kena margin call..apekah????huhuhu,,bengang mmg la bengang..dah la kat perlis ni tatau kat mana nak online..hotel plak tkde wifi..member takleh arap betul..aku dah lock position dia bole pi close yg profit n tinggalkan yg negatif sampai licin akaun aku…haru betul..aku online balik ahad lepas tgk akaun sampai menitik air mata..susah payah aku recover dia senang2 je musnahkan semuanya…so pengajaran nye memang tak bole arapkan sesapa pun..terpaksa la aku kumpul duit beli benda alah yang bole cucuk kat laptop utk online tu..mau rm500-550 gak tu..aduss..tapi memang senang la kat mana2 yang ade line hp bole online..frust menonggeng sesangat ni..sib baik le ade backup..syukur..

detailedstatement.gif

Posted by: nazhasecret | August 13, 2007

Main Saham

punye la lama aku tak amik kesah langsung pasal akaun aku kat OSK188..huhuhu..ntah ape cite ntah…ahaks.. ade beberapa kaunter warrant yang masih dlm simpanan nak expired dah kalau tk silap aku..dan ade jugak kaunter yang utk longterm kot..in profit ke tk aku pun tatau..huhuhu.. aku menanti sis atilia aka deqkyn mengupdate ape2 ngan aku.. mintak2 ade la gud news kan..kalau tkde pun terpaksa la jual gak n beli yang lain sbg ganti..

kauter yang aku pegang kalau tk silap le:

MYCOM,AMMB-CA,PBB,TENAGA,SHCHAN ke SYMPHY aku pun lupe.. yang lain2 aku pun dah lupe ar..hehehe..kena tunggu sis atilia update..

actually terperasan satu thread kat CariGold yang menceritakan ttg saham maybank membuatkan aku teringat akaun osk188 aku ni..selama ni mmg tk amik endah pun..aku tau mana2 yang direkemenkan ade potensi beli dan simpan..sampai masa jual je..so silap gak sbb tk belajar ngan sis atilia dulu.. bila aku baca blog en Aku.. blog niaga24jam mmg banyak yang aku kena amik tau..hehehe..bila la aku nk start nih..huhuhu..duk sebok melayan forex je..so terpaksa la bahagikan masa plak nanti..hurmm..so kawan2 yang minat bole la rujuk sini ok

http://www.enaku.com

http://niaga24jam.com/

Posted by: nazhasecret | August 11, 2007

Profit Cover 8 – Yen

huhuhu..arini memang semua pair yang di trade adalah yang paling ganas dan agresif aku pernah hadapi..pair yang dulu aku paling tak suka sebab pernah buat aku loss gila babeng tp pair ni jugak la yang membuatkan aku recover balik loss..pair yang aku gelarkan ‘mudah kaya dan mudah kayap’ – GBP/JPY

coverfx8.jpg

coverfx8s.jpg

moga ari yang mendatang akan lebey baik dari arini…mintak dipermudahkan dan dimurahkan rezeki kita semua..AMIN

regards,

nazhasecret aka nazha_n9 

Posted by: nazhasecret | August 10, 2007

Di Hujung Minggu

hujung minggu lepas memang aku berlibur lara sungguh..tkde nak online..nak jenguk forum pun malas,so kite enjoyyy diluar dulu..hahaha..letih gak sebenar nye lepak umah ni..huhuhuhu..tapi nak buat camne kan.. ni dia koleksi gambo aku,ahli keluarga dan rakan2 beronggeng..kih kih kih

k1.jpg  wahh..macam kat oversea plak..kih kih

k2.jpg  korang teka la katne..hehe..teruja plak aku tgk suasana lepas ujan

k3.jpg  hehe..mesti dpt agak kat mana kan

k4.jpg  anak buah kesayangan ni..geram sungguh

k5.jpg  huii macam muka mummy dia..mulut je comey mcm aku..hahaha

k61.jpg member sekolah aku..Ilham dan Ash..masih solo lagi 😀

k71.jpg  tu dia..melantak pizza tak ingat..ada orang banje la katakan..serbu je la..kih kih..tima kasih ash banje kitaorg aritu

Posted by: nazhasecret | August 10, 2007

Profit Cover 7

ni yang semalam nye lagi..aku tido awal semalam..market rancak gak malam tadi..hehehe..kemungkinan kalau aku masuk position malam tadi..tak loss,profit gila2..tu je..hahaha..tapi mata aku dah sakit..so tido awal la..pagi ni bangun ingat saje nak tgk movement kan..konon tamau la open any position pada hari jumaat..hahaha..tp tgk pair gj bikin ati aku meronta-ronta..ahaks..so ni yang sambungan semlm punye..arini aku ade open buy gj..kite tgk la terkena or merana nanti..ahaks..cuak gak tgk negatif je..tp wait je la

coverfx7.jpg

coverfx7s.jpg

wish me luck ok guy..huhuhuhu

Posted by: nazhasecret | August 8, 2007

Profit Cover 6

aku tatau la nape arini..mungkin emosi tak berapa stabil kot..huhuhu..dalam dua tiga hari ni asyik aku buat buy/sell limit pastu cancel..hehehe..gabra ke ape ntah..dan paling aku benci pair eu arini..buat aku panik dan cut loss semua..huhuhuhu…haru betul..so far so good la,arini memang pair gu gj eu menggila je tapi aku tak berapa amik peluang.pair eurg/gbp plak slow and steady menghasilkan profit..hehehe.hasil yang aku dapat masih dlm tahap percubaan lagi..bila di renung di kaji..aku tak bole main tf kecik2 kot.. tak sesuai.. menyumbangkan paling banyak loss aku rase..so kite tengok esok plak macam mana..cuba stail trading lain plak..hopefully akan membuahkan hasil lagi..

coverfx6.jpg

coverfx6s.jpg

coverfx6ss.jpg

yang ni plak akaun gibrael kat MV,aku guna…hurmm..aku kena disiplin kan diri lepas ni utk mengelakkan lebey byk kesilapan yang akan aku lakukan..so kena disiplin berapa pips target satu hari yang bole aku buat..

coverfx6s2.jpg

hari ni kena tido awal..letih mata aku ngadap benda alah ni je..huhuhuhu..

salam ceria,

nazhasecret aka nazha_n9

*12.30 am 9 ogos 2007* 

Posted by: nazhasecret | August 6, 2007

Profit Cover 5

hehehe..baru je nak update..hurmm..masih mencari teknik yang sesuai ngan diri aku…pening kepala sebenar nye..huhuhu..

coverfx5.jpg

coverfx5s.jpg

coverfx5ss.jpg

trading sehingga 2.15 pm Isnin 6 Ogos 2007

Posted by: nazhasecret | August 3, 2007

Tips: Pengurusan Masa

Cara Mengurus Kesibukan Masa

Oleh : Aziz Mansor

Apa khabar semua…

Baru-baru ini saya menghadiri satu kursus perniagaan offline yang saya tengah buat sekarang. He he, di samping saya buat online ni, offline pun masih diteruskan jugak.

Oklah. Ada sket point yang nak saya share kat sini. Kalau dulu saya pernah dengar orang kata kalau nak uruskan masa dengan baik, belajar daripada orang yang paling sibuk. Orang yang sibuk tu pulak biarlah dalam kategori berjaya.. Kalau tak, mungkin kita akan jumpa dengan orang yang penyibuk….

Salah seorang pengajar kursus saya tersebut menceritakan bagaimana cara dia uruskan masanya. Apa yang dia lakukan adalah guna formula AID. Kalau ikut susunan sebenarnya adalah IAD. Cuma untuk senang sebut jer jadilah AID. A adalah untuk Action Book. I untuk Idea Book. Dan D untuk Diary.

Idea Book sentiasa berada di dalam poket. Saiznya cuma sebesar buku 555 jer. Seeloknya kalau macam beliau cuma guna buku macam memo pad tu. Tak bergaris. Ada ajer idea untuk dibuat, terus tulis dalam Idea Book tersebut mengikut tarikh. Katakan hari ini kita ada 10 perkara yang kita rancang untuk buat. Terus tulis dalam buku itu. Di mana sahaja dan bila masa sahaja ada idea untuk buat sesuatu perkara terus tulis. Sama ada appointment, nak bayar bil, nak pergi klinik, nak beli apa lepas balik kerja dan macam2 lagilah.

Ok, selepas itu, tuliskan semula kesemua idea tadi ke dalam Action Book dan Diary. Action Book perlu digunakan untuk aktiviti setiap hari. Tandakan mengikut tarikh. Katakan esok kita ada 7 perkara untuk dilakukan. Senaraikan kesemua 7 perkara untuk tarikh esok dan tandakan perkara yang sudah dilakukan berserta apa-apa catatan yang ada. Ini untuk memastikan segala yang kita rancangkan tidak tertinggal atau terlupa.

Diary pula boleh dicatatkan perkara yang kita rancangkan untuk tempoh setahun. Mungkin ada point dalam idea book tadi yang kita rancangkan untuk buat pada 3 bulan akan datang. Haaa kita terus tuliskan dalam diary. Bila tiba masanya, kita transfer pula ke dalam Action Book. Dengan ini walaupun kita sibuk, insyaAllah tidak ada perkara yang kita tertinggal untuk lakukan.

Apatah lagi kiranya kita melakukan perniagaan yang melibatkan orang lain. Ini akan memberikan impak yang positif kepada pelanggan kita. Kita dapat mengatur apa-apa appointment tanpa gagal dan tak bertembung dengan appointment lain insyaAllah.

Saya amat tertarik dengan formula ini dan kini saya dalam rangka langkah awal untuk mengikuti cara ini. InsyaAllah langkah saya akan lebih selesa selepas ini dan tidak merasa serabut dalam sebarang perancangan dan tindakan.

Bagaimana dengan anda. Mungkin anda pernah mendengar tentang cara ini, dan mungkin juga anda sudah mengamalkannya. Mungkin juga anda ada cara lain yang lebih effisien… Apa-apa pun kalau sudi bolehlah berkongsi di sini. Kiranya ini tidak menarik perhatian anda, boleh abaikan mesej saya ini

Sekian, wassalam

« Newer Posts - Older Posts »

Categories